Tuesday, 29 May 2012

Dinner Fizik 2012

Hari nie merupakan hari yang memberi banyak kenangan.Disini lah kami berkumpul dan berkenal-kenalan antara satu sama lain. Yang tidak pernah jumpa pom jadi ramah. Ini juga merupakan majlis perpisahan untuk senior-senior km yang bakal menamatkan pegajian mereka tidak lama lagi(Insyallah). Majlis bermula lebih kurang pukul 8.45 mlm dan diakhiri pada jam 11 mlm. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan bagi memeriahkan susana dinner ini. Tema dinner pada kali ini ialah World of Pattern. Wah pelbagai jenis pakaian telah diperagakan oleh setiap pelajar.Ada yagg pakai kemeja, baju kurung, jubah dan sebagainya. Paling menarik sekali ialah kuiz.Kesemua pelajar diberi peluang untuk meneka tokoh-tokoh yg penah dipelajari sepanjang pengajian. Boleh dikatakan, kesemua pemenangnya terdiri daripada pelajar tahun tiga.Saya langsung tidak boleh meneka.Nak cam muka pom tidak boleh.Ada yang berjanggut dan seumpamanya.Majlis ini juga disusuli dengan majlis hari lahir salah seorang rakan saya yang telah mejangkau usianya 20 tahun pada tahun ini. Tahniah diucapkan kepada SEBY kerana telah memasuki angka DUA. Hehe.Semoga beliau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezzeki.
Diharap majlis seperti ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang.

Wednesday, 2 May 2012

Aiyakk lupa nak WISH

Alamak macam mana boleh terlupa nak wish bezday abah nie.aiyak.memalukan betul.Tidak pernah anakanda lupa untuk wish bezday abah.Rasa bersalah masih menghantui diri akibat kecuaian diri sendiri.Abah anakanda janji lepas nie tidak akan lupa nak wish bezday.Tapi masih belum terucap kata-kata tersebut akibat malu.Tidak sanggup menanggung rasa bersalah kerana kecuaian diri sendiri.Macam mana nak cakap yea.Silap hari bulan mintak bantuan umi yang tersayang juga.hehe..Abah luv u forever.Anakanda janji akan berusaha untuk memajukan diri ini di negeri orang.Abah lah hero anakanda selama-lamanya.Belum ada lelaki lain yang mampu menggantikan tempat abah.