Thursday 6 February 2014

besday terbaik kali ini

tahun nie genap la umur 20-an. tp yg terbaiknya kena prank habis-habisan.  Nyaris-nyaris nak percaya tp last-last kantoi jugak. prank kali nie buat diri ini rsa diperbodohkan. dah la kena dengan orang dipercayai. Faham niat diorng nak bergembira. tapi masalahnya lepas tahu kebenaran menyebabkan semua benda yang berlaku sebelum ini hanya tipu belaka. buat kami fikir sepuluh kali nak percaya..
harap masih boleh percaya pada kawan tu. ohhh tak suka benda nie

Sunday 24 November 2013

Platinum Wires

Pejam celik dah nak habis semester 5. Tapi malang tidak berbau telah berlaku pada sem ini.. Arghh saya dah putuskan paltinum wires masa buat FYP.. Blurp!!!! habis la. Harga platinum wire sangat-sangat la tinggi. Habis saya kena tegur dan kena SINDIR. Walau apa-apa pun saya mengaku salah sebab telah merosakan harta tersebut. maafkan saya..sob2
dah lali

Sebelum itu saya nak minta maaf sekiranya ada yang baca post ini dan merasakan agak keterlaluan. ini hanya untuk suka-suka sahaja.

Sejujurnya saya kurang berminat dengan seseorang yang "cakap tidak serupa bikin ". cakap lain buat lain. Saya pernah melaluinya dan sampai sekarang saya susah nak mempercayai kata-katanya. Setiap kali saya cuba percaya tetapi diakhiri dengan dusta semata-mata. Pada pendapat saya sebagai seorang manusia kejujuran itu amat penting. Kejujuran itu melambangkan sifat sebenarnya kita. walaupun keadaan sebenarnya agak perit lebih baik jujur. Ia lebih baik dari berdusta dan akhirnya diketahui juga perkara tersebut. Perkara yang dusta lebih perit daripada kejujuran. Cuba kita bayangkan kita mempercayai segla-galanya cerita atau perkara yang berlaku tetapi end up semua itu rekaan semata-mata. Hancur hati taw. Kalo sekali mungkin boleh gagah la. Tetapi berkali-kali buat cerita. Akhirnya orang dah tidak percaya lagi dengan dia. 

Pernah dengar cerita pengembala kambing dengan serigala. hah!!! Di situ kita dapat lihat pembohongan membawa padah pada akhirnya. Kepercayaan penduduk kampung pada pengembala kambing itu telah lesap. Kita sepatutnya ambil teladan dengan cerita tersebut. Bukan kita turut serta melaksanakan pembohongan semata-mata untuk kepentingan diri sendiri. 

Kita juga pelu sedar dengan kesalahan diri sendiri. Kita perlu muhasabah diri. Bukan minta maaf dan terus melakukan perkara tersebut. Tidak ada gunanya sekiranya kita memohon maaf sekiranya kita tetap melakukan perkara buruk tersebut atau berbohong. 

Saya pantang benda macam itu!!!


Monday 21 October 2013


masalah dan masalah

Hari nie kita cerita masalah pulak. pasti semua orang ada masalah mereka sendiri kan??? saya pon ada juaga. Tetapi ingat kita tidak boleh putus asa dengan apa jua masalah yang berlaku. Setiap masalah ada penyelesaian itu sendiri. Kita tidak seharusnya mengambil tindakan terburu-buru dalam sesuatu perkara. Setiap yang kita buat pasti ada baik dan buruk. sebaik-baiknya kita berfikir sejenak memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik bagi sesuatu masalah. Tidak perlulah terburu-buru dalam sesuatu perkara kerana sikap terburu-buru mampu menjerat diri sendiri ke arah yang lebih parah atau buruk.

Hari ini saya ada story sedikit. story ini agak tragis dan saya harap mampu diberi iktibar kepada semua. ini kisah zaman sekolah dulu-dulu kala. ada seorang girls yang bernama Si A. dia nie sangat pelik orangnya. tetapi dia tidak pernah terlintas dihati untuk menyakitkan hati rakan-rakannya. mungkin disebabkan perangainya pelik dan kadang-kadang kurang sopan membuatkan segala perkara yang dilakukannya menjadi salah. Kadang-kadang sikap beliau menjadi-jadi sehinggakan mampu mengguris perasaan sahabat-sahabatnya. Budak ini jugak dianggap sebagai pengganggu teman-teman. dia suka bertanya soalan yang sensitif. contoh markah rakan-rakannya. Namun disebabkan itu, dia tidak disukai rakan-rakannya. kadang-kadang dia nie suka masuk bilik orang tanpa ketuk pintu.habit katakan. dan byk lagi perkara-perkara lain yang dia lakukan. akhirnya Si A nie dipanggil untuk kena "toce"( x tahu macam mana nak eja perkataan tersebut ). Si A kena duduk tengah-tengah bulatan dikelilingi kawan-kawan dia. satu persatu perangai nya di buka. kiranya dimalukan la.dan akhirnya Si A menjadi fobia untuk berkawan. dia lebih selesa seorang sendiri.kadang-kadang dia menjadi takut dengan perangainya sendiri. sehingga dia digelar pelajar misteri di peringkat ipta..

secara kesimpulannya yang dapat saya ketengahkan sikap rakan-rakannya yang memilih jalan penyelesaian tersebut kurang tepat. ini menunjukan mereka bersikap terburu-buru tanpa melihat kesan yang akan berlaku kepada Si A. bagi saya sebagai seorang yang mempunyai akal fikiran kita tidak seharusnya perlu melakukan sedemikian. sekiranya kita mempunyai masalah lebih baik berjumpa secara persendirian. tidak perlu memalukan seseorang. memang tidak dapat diakui perangai SI A tersebut agak keterlaluan.tapi kita boleh berfikir secara waras untuk menyelesaikan masalah tersebut. Oleh itu, berfikir dahulu sebelum bertindak

Wednesday 2 October 2013

JALAN-JALAN MAI KEDAH

assalamualaikum dan selamat sejahtera. chak!!! hehe dah lama rasanya saya tidak melawat blog sendiri.haha.malas katakan. Kali nie lebih kepada jalan-jalan mai kedah. Sebenarnya terkejut dengan kehadiran 2 orang sahabat saya yang asalnya Johor. Kiranya nie kes datang mengejut.haha. kiranya saya tidak prepare apa-apa pon untuk menyambut kedatangan mereka. Saya hanya mampu teman mereka berjalan-jalan. Aktiviti pertama mesti la bawa pergi melawat Gunung Jerai. Setelah sekian lama tidak naik, akhirnya dapat juga menjejakan kaki ke tempat tersebut.


Nie bukan gambar sendiri..Gambar sendiri ada pada kawan.

Pergi gunung dalam area pukul 4. Cuaca pada hari tersebut sangat sejuk ditambahkan pula dengan keadaan yang hujan. Menyesal tidak bawa baju sejuk. Kami pergi bersama keluarga ira bukan nama sebenar. terima kasih kepada family ira kerana sudi menyediakan pengangkutan pergi dan balik. family sendiri tidak dapat turut serta kerana ada hal keluarga. Apa-apa pom kami semua enjoy habis-habisan.

Keesokan harinya kami pergi Titi Hayun dan Patai Murni. Semua pakat terjun dalam air. Tapi tidak pada saya. Saya tidak bawa baju tukar. So, tengok orang terjun je la.haha. Padan muka.Pada hari kejadian saya bawa makanan. Kalo nak tawu saya memang susah nak bawa atau masak. Jenis yang kurang suka aktivi memasak nie. Tapi hari itu, kira rajin la masak semua bagai.hehe.Tapi buat yang senang-senang sahaja sebab tiada pengangkutan nak bawa. Just naik motosikal jea.hehe

Pada hari ketiga, saya tidak dapat join mereka semua. sedih taw. Terima kasih pada cik nana dan malin sebab sudi datang ke Kedah. Nanti mai la lagi. Kita pergi ronda Tanjung Dawai pulak.

Thursday 22 August 2013

Golden Age ~ Dinner Time

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Rutin harian mesti bagi salam dulu.hehe.Sudah 2 tahun bergelar pelajar universiti.Setiap tahun mesti ada dinner.yeay.Kalau sebut dinner mesti la ada makanan. Kegemaran tuuu.haha.sebab tuu la badan nie comel jea.Ok kita teruskan cerita pasal dinner. Alhamdulillah masih berkesempatan untuk menghadiri Dinner Physics utk kali ke-2.Tema tahun nie waooo lain dari yang lain iaitu Golden Age.


Dinner yang Mantop


Nak letak gambar makanan tapi malangnya...lupa nak snap.dah makanan bagi habis.hehe. Boleh bayang sendirikan senarai menu yang selalu disediakan. =P

Wednesday 21 August 2013

SHE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Rasanya dah lama tidak jalan-jalan dekat blog sendiri.kali nie crita pasal event.Event nie dah lama berlangsung.Tetapi belum berkesempatan untuk merangka ceritanya.Akhirnya dapat juga saya merangka cerita tersebut.Alhamdulillah.

Pada musim cuti penggal yang lepas, saya serta beberapa orang rakan saya yang lain telah megadakan aktiviti kebudayaan.Lebih tepat lagi permainan tradisional dengan makanan tradisional.Aktiviti ini dijalankan bagi memenuhi keperluan SHE 101.Bersyukur sangat kerana aktiviti ini berjalan dengan jayanya.Pada mulanya kami menghadapi sedikit masalah akibat gempa bumi baru-baru ini.Dengar khabarnya jambatan Pulau Pinang serta perkhidmatan feri telah ditutup untuk seketika.Perasaan pada ketika itu, hanya Allah sahaja yang tahu.Perasaan takut, cemas dan mimpi ngeri silih berganti.Namun, hati nie tetap kental menghadapi dugaan ini.Alhamduillah kami tetap meneruskan event tersebut. 

Event nie mengambil masa dalam 2 hari. Banyak perkara yang telah berlangsung sepanjang event ini. Kami bermalam di Homestay Kampung Raga, Kedah. penduduk kampung lebih mengutamakan ciri-ciri tradisional dalam semua aktiviti. Makan, minum serta permainan lebih mengutamakan ciri tradisional. 

kuih nie masak sendiri taw..secara bergilir-gilir.maaf hangit skit.




nie sarung cempedak..kawan yang buat.saya buat hancur lebur.haha


Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk Kampung Raga kerana telah membantu kami menyiapkan kerja kursus ini. Kami berasa amat terhibur sekali. Layanan yang diberikan sungguh bermakna bagi kami semua.