assalamualaikum dan selamat sejahtera. chak!!! hehe dah lama rasanya saya tidak melawat blog sendiri.haha.malas katakan. Kali nie lebih kepada jalan-jalan mai kedah. Sebenarnya terkejut dengan kehadiran 2 orang sahabat saya yang asalnya Johor. Kiranya nie kes datang mengejut.haha. kiranya saya tidak prepare apa-apa pon untuk menyambut kedatangan mereka. Saya hanya mampu teman mereka berjalan-jalan. Aktiviti pertama mesti la bawa pergi melawat Gunung Jerai. Setelah sekian lama tidak naik, akhirnya dapat juga menjejakan kaki ke tempat tersebut.
Nie bukan gambar sendiri..Gambar sendiri ada pada kawan.
Pergi gunung dalam area pukul 4. Cuaca pada hari tersebut sangat sejuk ditambahkan pula dengan keadaan yang hujan. Menyesal tidak bawa baju sejuk. Kami pergi bersama keluarga ira bukan nama sebenar. terima kasih kepada family ira kerana sudi menyediakan pengangkutan pergi dan balik. family sendiri tidak dapat turut serta kerana ada hal keluarga. Apa-apa pom kami semua enjoy habis-habisan.
Keesokan harinya kami pergi Titi Hayun dan Patai Murni. Semua pakat terjun dalam air. Tapi tidak pada saya. Saya tidak bawa baju tukar. So, tengok orang terjun je la.haha. Padan muka.Pada hari kejadian saya bawa makanan. Kalo nak tawu saya memang susah nak bawa atau masak. Jenis yang kurang suka aktivi memasak nie. Tapi hari itu, kira rajin la masak semua bagai.hehe.Tapi buat yang senang-senang sahaja sebab tiada pengangkutan nak bawa. Just naik motosikal jea.hehe
Pada hari ketiga, saya tidak dapat join mereka semua. sedih taw. Terima kasih pada cik nana dan malin sebab sudi datang ke Kedah. Nanti mai la lagi. Kita pergi ronda Tanjung Dawai pulak.
No comments:
Post a Comment