Monday, 21 October 2013


masalah dan masalah

Hari nie kita cerita masalah pulak. pasti semua orang ada masalah mereka sendiri kan??? saya pon ada juaga. Tetapi ingat kita tidak boleh putus asa dengan apa jua masalah yang berlaku. Setiap masalah ada penyelesaian itu sendiri. Kita tidak seharusnya mengambil tindakan terburu-buru dalam sesuatu perkara. Setiap yang kita buat pasti ada baik dan buruk. sebaik-baiknya kita berfikir sejenak memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik bagi sesuatu masalah. Tidak perlulah terburu-buru dalam sesuatu perkara kerana sikap terburu-buru mampu menjerat diri sendiri ke arah yang lebih parah atau buruk.

Hari ini saya ada story sedikit. story ini agak tragis dan saya harap mampu diberi iktibar kepada semua. ini kisah zaman sekolah dulu-dulu kala. ada seorang girls yang bernama Si A. dia nie sangat pelik orangnya. tetapi dia tidak pernah terlintas dihati untuk menyakitkan hati rakan-rakannya. mungkin disebabkan perangainya pelik dan kadang-kadang kurang sopan membuatkan segala perkara yang dilakukannya menjadi salah. Kadang-kadang sikap beliau menjadi-jadi sehinggakan mampu mengguris perasaan sahabat-sahabatnya. Budak ini jugak dianggap sebagai pengganggu teman-teman. dia suka bertanya soalan yang sensitif. contoh markah rakan-rakannya. Namun disebabkan itu, dia tidak disukai rakan-rakannya. kadang-kadang dia nie suka masuk bilik orang tanpa ketuk pintu.habit katakan. dan byk lagi perkara-perkara lain yang dia lakukan. akhirnya Si A nie dipanggil untuk kena "toce"( x tahu macam mana nak eja perkataan tersebut ). Si A kena duduk tengah-tengah bulatan dikelilingi kawan-kawan dia. satu persatu perangai nya di buka. kiranya dimalukan la.dan akhirnya Si A menjadi fobia untuk berkawan. dia lebih selesa seorang sendiri.kadang-kadang dia menjadi takut dengan perangainya sendiri. sehingga dia digelar pelajar misteri di peringkat ipta..

secara kesimpulannya yang dapat saya ketengahkan sikap rakan-rakannya yang memilih jalan penyelesaian tersebut kurang tepat. ini menunjukan mereka bersikap terburu-buru tanpa melihat kesan yang akan berlaku kepada Si A. bagi saya sebagai seorang yang mempunyai akal fikiran kita tidak seharusnya perlu melakukan sedemikian. sekiranya kita mempunyai masalah lebih baik berjumpa secara persendirian. tidak perlu memalukan seseorang. memang tidak dapat diakui perangai SI A tersebut agak keterlaluan.tapi kita boleh berfikir secara waras untuk menyelesaikan masalah tersebut. Oleh itu, berfikir dahulu sebelum bertindak

Wednesday, 2 October 2013

JALAN-JALAN MAI KEDAH

assalamualaikum dan selamat sejahtera. chak!!! hehe dah lama rasanya saya tidak melawat blog sendiri.haha.malas katakan. Kali nie lebih kepada jalan-jalan mai kedah. Sebenarnya terkejut dengan kehadiran 2 orang sahabat saya yang asalnya Johor. Kiranya nie kes datang mengejut.haha. kiranya saya tidak prepare apa-apa pon untuk menyambut kedatangan mereka. Saya hanya mampu teman mereka berjalan-jalan. Aktiviti pertama mesti la bawa pergi melawat Gunung Jerai. Setelah sekian lama tidak naik, akhirnya dapat juga menjejakan kaki ke tempat tersebut.


Nie bukan gambar sendiri..Gambar sendiri ada pada kawan.

Pergi gunung dalam area pukul 4. Cuaca pada hari tersebut sangat sejuk ditambahkan pula dengan keadaan yang hujan. Menyesal tidak bawa baju sejuk. Kami pergi bersama keluarga ira bukan nama sebenar. terima kasih kepada family ira kerana sudi menyediakan pengangkutan pergi dan balik. family sendiri tidak dapat turut serta kerana ada hal keluarga. Apa-apa pom kami semua enjoy habis-habisan.

Keesokan harinya kami pergi Titi Hayun dan Patai Murni. Semua pakat terjun dalam air. Tapi tidak pada saya. Saya tidak bawa baju tukar. So, tengok orang terjun je la.haha. Padan muka.Pada hari kejadian saya bawa makanan. Kalo nak tawu saya memang susah nak bawa atau masak. Jenis yang kurang suka aktivi memasak nie. Tapi hari itu, kira rajin la masak semua bagai.hehe.Tapi buat yang senang-senang sahaja sebab tiada pengangkutan nak bawa. Just naik motosikal jea.hehe

Pada hari ketiga, saya tidak dapat join mereka semua. sedih taw. Terima kasih pada cik nana dan malin sebab sudi datang ke Kedah. Nanti mai la lagi. Kita pergi ronda Tanjung Dawai pulak.