Sebelum itu saya nak minta maaf sekiranya ada yang baca post ini dan merasakan agak keterlaluan. ini hanya untuk suka-suka sahaja.
Sejujurnya saya kurang berminat dengan seseorang yang "cakap tidak serupa bikin ". cakap lain buat lain. Saya pernah melaluinya dan sampai sekarang saya susah nak mempercayai kata-katanya. Setiap kali saya cuba percaya tetapi diakhiri dengan dusta semata-mata. Pada pendapat saya sebagai seorang manusia kejujuran itu amat penting. Kejujuran itu melambangkan sifat sebenarnya kita. walaupun keadaan sebenarnya agak perit lebih baik jujur. Ia lebih baik dari berdusta dan akhirnya diketahui juga perkara tersebut. Perkara yang dusta lebih perit daripada kejujuran. Cuba kita bayangkan kita mempercayai segla-galanya cerita atau perkara yang berlaku tetapi end up semua itu rekaan semata-mata. Hancur hati taw. Kalo sekali mungkin boleh gagah la. Tetapi berkali-kali buat cerita. Akhirnya orang dah tidak percaya lagi dengan dia.
Pernah dengar cerita pengembala kambing dengan serigala. hah!!! Di situ kita dapat lihat pembohongan membawa padah pada akhirnya. Kepercayaan penduduk kampung pada pengembala kambing itu telah lesap. Kita sepatutnya ambil teladan dengan cerita tersebut. Bukan kita turut serta melaksanakan pembohongan semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.
Kita juga pelu sedar dengan kesalahan diri sendiri. Kita perlu muhasabah diri. Bukan minta maaf dan terus melakukan perkara tersebut. Tidak ada gunanya sekiranya kita memohon maaf sekiranya kita tetap melakukan perkara buruk tersebut atau berbohong.
Saya pantang benda macam itu!!!
No comments:
Post a Comment